Wednesday, January 9, 2008

Maal Hijrah 1429H

Kepada seluruh Umat Islam dan kawan2 semua aku ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Maal Hijrah 1429H". Jika nak dicomparekan dgn sambutan New Year every 1st Jan, sambutan nya jauh berbeza bagai langit dan bumi. Jika New Year, tet tet tet tet SMS masuk wishing Happy New Year. Untuk Maal Hijrah aku terima satu je SMS tu pun aku tak balas rasanya. Tima kasih lah pada penghantar. Semoga Sejahtera hidup anda dibuatnya.

Disebabkan kawan2 dah mula menjauhkan diri, semalam takde lah lagi aku terima panggilan ajak keluar makan walaupun hari ni cuti. Jadinyer aku ajak lah adik Zue keluar makan sambil main2 ngan anak dia yang berumur setahun. Kami pegi makan di SOLO Seafood, Bandar Baru Bangi, dlm 500m je dari exit Kajang. Kami order Set A yg mengandungi ikan, sayur +, Thai Sizzling, Ayam gajus dan tomyam +. Yang lain semua OK except Tomyam. Dlm tomyam aku tak jumpa Cilipadi dan daun limau purut. Harganya RM60 including Nasi. Kira OK gak la.



Sebenarnya dalam berkawan kita sentiasa salah anggap, bila kawan tak call, tak ajak keluar kita anggap kawan menjauhkan diri, tapi bila kawan senyap pernah tak kita susah hati, what happen to kawan kita, OK ke tak OK, ada family problem ke, gaduh ke? Walaupun kita dah tahu masalah dia sekalipun, jgn lah kita buat assumption sendiri, dia tak nak diganggu padahal dia memang memerlukan seseorang untuk berbicara. Call lah dan tanya khabar. Kalau dia taknak diganggu, mesti dia beritahu.

Saat ini, aku terkenangkan persahabatan yang pernah hadir, byk peristiwa2 happy, tiba2 berlaku perkara tidak diingini, adakah kita merasa kesal? Gembirakah bila berkata, byk lagi kawan2 lain aku ada. Hilang sorang, tak heran.

Aku harap apa yang berlaku bersifat sementara, anggap lah ianya sebagai ujian dan dugaan, sekali sekala tuding lah jari ke diri sendiri.

Wassalam.

Sunday, January 6, 2008

Gambate Birthday

Gambate birthday jatuh pada 5-Jan setiap tahun. Sejak mengenali geng M2M, kami kerap sambut birthday party, sesuatu yang tak pernah aku buat sebelum ni, kenkadang birtday anak2 M2M pun celebrate jugak walaupun M2M ni dah tak wujud dah kot rasanya.

Pukul 8 mlm Gambate dah calling2 kata byk gak dugaan nak sambut bday dia ni, bukan apa pun ujan lebat sikit je kat Tmn Tun. Masa aku sampai bday girl dah ada dgn penampilan yg agak vogue dihiasi ear ring di telinga kiri dan kanan. Kami lepak di restaurant Rasa Sayang Jln Yap Kwan Seng. Ramai gak org melepak kat sini sbb lokasi dia kat tgh2 KL kot, seating pun byk, TV besar ada, arrangement OK, ada aircon and nonaircon, sesuai lah nak melepak.



Lepas dinner nasi putih dan lauk pauk, atas permintaan bday girl kami bergerak ke karaoke di Plaza Yow Chuan. Sebab dah lama tak pegi, agak challenging jugak dari parking nak ke karaoke tuh. Cis!

Tepat kul 12mlm, lagu bday pun dinyanyikan dan lilin ditiup. Naik lah umur setahun lagi. Happy birtday Reza!!! Semoga Berbahagia selalu and many happy returns.



Berapa lama lagikah kita dapat mempertahankan detik-detik indah?

Tuesday, January 1, 2008

2008

Sambutan Tahun Baru 2008, pada aku takde pe pe pun. Pada org lain aku tak tahu lah. Selain bunga api dan konsert sana-sini, semalam sama je ngan hari ni. Kepada yg tgh bercinta mungkin mengharapkan hubungan yang lebih intim pada tahun ini. Pada kawanku yang dah berkahwin semoga kasih sayang semakin mendalam dan kekal bahagia. Pada yang masih solo semoga bertemu jodoh di tahun ini.

Tima kasih gak pada kawan2 yang sudi melepak bersama di mlm tahun baru especially justice yang memang susah nak jumpa kebelakangan ni. Sibuk manjang. Mungkin sebab permintaan sempena mlm Tahun Baru Justice datang gak kot. Kami layan konsert di TV3 and TV1, bila dekat kul 12 tghmlm kitaorg naik tingkat 20, dapat gakla tgk bunga api from Putrajaya and KLCC.



Aku harap perjuangan Justice dlm apa2 parti pun bukan hangat2 taik ayam lah. Semoga tahun 2008 membawa sinar baru pada Justice dan perjuangannya.

Mlm ni pulak since takde sapa ajak keluar aku melepak ngan Zue je. Mungkin masing2 sibuk kot. Kitaorg pegi pekena steak kat Moon Steak Pandan Indah.

Thursday, December 27, 2007

Anak Halal

Dah lama tak tgk wayang especially citer melayu, bukan tak nak support industri perfileman tanahair tapi citer melayu nih kenkadang jln citer boring giler..., tapi sebabkan sian kan sorang teman yang memang sudah ber teman tu yang beria sangat nak tgk Anak Halal aku gagahkan jugak ler pegi Mid Valley mlm Selasa lepas. Teman kita ni pulak sibuk berkeje, bagusnya buat appraisal lepas ofis hour. N a s i b b a i k jln tak jem. Sampai ngam2 kul 9, tanpa membuang masa terus masuk, sambil kami dok teraba2 cari seat, citer dah start rupanya, Rosyam Nor tgh dok gendong baby. Daripada 5,aku bagi rating 4. kira OK lah filem nih. Tak memboringkan, penuh dengan aksi dan adegan peluk, Farid Kamil lah paling bahagia, dapat peluk Maya dapat peluk Fasha. Keseluruhan jalan citer menarik, tak melalut2, aksi aksi bergaduh pun OK. So saper yg belum tgk tu pegi lah tgk.

Raya Haji hari tu aku balik kampung, takde ape yg menarik. Mak aku kata 2, 3 hari lepas asyik ujan je, tapi time aku balik cuaca OK. Mlm tu kami kuar lepak2 belakang Bomba makan aiskrim. Walaupun gerai biasa je, tapi terdapat 62 jenis menu aiskrim kat sini. Ni aku paparkan aiskrim yg diorder oleh kami, ais krim kat sinio murah2 je, yg paling mahal pun RM5.00 je.





Friday, December 14, 2007

Bila kau nak update blog?

Aku tgh menulis nih, sambil2 tengok Anugerah Skrin, aku tengok blog sebelah lama dah lama tak update, streamyx down ke. Wahh tema malam ni hollywood glamer, pembukaan ni hambar je...,maklumlah musim ujan, lambat panas kot. Wah speaking lagi si Amani nih. kang marah pulak si Rais Yatim.
Lakon layar terbaik Cinta, huuuuuuuu, Tahniah ler.
Lakon tv terbaik lak, lantok lah saper yg menang. Si 'Muhsin' nih, gugup gak la. biasa aa 1st time. Mana pulak data cable aku, nak transfer gambar pun tak leh.

Mlm ni Ning agak menutup aurat, menyampaikan lagu Asmara dengan Nikki.
Lupa lak nak bagi tahu mlm ni aku tgk sensorang jer, si Zue pegi company dinner, hopefully dapat ler cabutan bertuah yg paling bertuah.

Tadi aku gi cari jap, ape ler diarng dok kecoh2 pasal buah epal tu, hem tgk ah sendiri. Kene tengok ah Anak Halal camni.

Kat mana ler hollywoodnyer, hollywood ni selalunyer suka menayang-nayang mende2 yg patutnyer kene tutup, he he he kene tunggu sampai habis, kalau nak tau sapa yg paling hollywood. Raja Azura punya baju pun OK je. Aishah Sinclair pun OK je.

Aku suka ah lawak spontan Awie dia bermadu ngan Hans. Ha Ha ha.

Bila kuar kak Ogy ngan Farah, baru lah rasa meriah sikit, Ambik kau Eja kene sebijik. Azwan cam angin je.Tahniah ah Dato Rahim Razali, keluar dah artis Indon, nyampah aku. Artis mesia bersepah takmo panggil, ko tidak pun panggil je Imran Ajmain. Suka ah lagu dia Seribu Tahun. Apa lah nasib orang2 kat Temerloh, Pekan dan sebanjir dgnnyer, sampai nak kene letup muara sungai, teruk jugak banjir tahun ni kan.

Sunday, December 9, 2007

Marsha United Bowling

Pegi ah lawat blog Peminat No 1 Marsha Abg Zahar ataupun m2mfrenzy